Hai trader,
Sy nak kongsikan serba sedikit tentang risk on risk off atau RORO. Baik dalam forex, kita ada 2 situasi dalam market iaitu risk on risk off. Apa kebendanya tu?
Risk ON - Ambik risiko
Risk OFF - Tak nak ambik risiko
Jadi ini 2 keadaan. Apa gunanya untuk kita tahu tentang benda ni?
Risk ON membawa maksud trader dalam keadaan mengambil risiko. Mereka akan mencari sesuatu yang memberi pulangan yang cepat iaitu mencari pelaburan yang memberi pulangan yang tinggi seperti yield yang tinggi. Untuk kita trader, apabila market dalam keadaan risk on, maka mereka akan membeli matawang yang mempunyai intrest rate yang tinggi seperti Aud, Nzd dan Gbp.
Risk Off membawa maksud trader tidak mahu mencari risiko. Mereka akan mencari sesuatu yang selamat untuk mereka melaburkan wang mereka. Untuk kita trader, apabila market dalam keadaan risk off, maka mereka akan membeli matawang Jpy.
Antara contoh yang ketara tentang risk on risk off ini adalah seperti :
Risk On - Tiada apa-apa berlaku dalam market. Market dalam keadaan tenang. Tidak ada news besar yang berlangsung. Maka matawang aud, nzd dan gbp akan naik.
Risk Off - Brexit. Pelabur dalam keadaan bimbang dengan situasi market. Pelabur membeli matawang jpy menyebabkan matawang jpy naik.
Jadi, penting untuk kita trader mengetahui apakah keadaan market supaya kita tidak silap memilih matawang yang kita nak trade.
Hint : "Biasanya RORO ini jelas jika ada news besar yang bakal berlangsung"
Ada soklan? Tanya di ruangan komen ye.
Hi Cikgu. Apa maksudnya Kalau interest rate sesebuah negara negative? Mcm CHF...
ReplyDeletemksdnya nk simpan duit situ pun xberguna sbb xde dpt untung..itu juga tanda, ccy tu on deflation..mksdnya kadar inflasi yg rendah..
Delete