Thursday, March 9, 2017

Analisis Minggu Ini

Seperti yang kita semua telah saksikan USD meningkat lebih tinggi pada Isnin lepas berbanding matawang lain berikutan kebimbangan geopolitik semasa dan Janet Yellen telah memberi isyarat kenaikan kadar akan dilaksanakan pada bulan ini.
USD sebelum ini dilihat menyusut sebagai sesi pengambilan untung setelah Yellen membuat kenyataan pada hari Jumaat bahawa kenaikan kadar pada bulan ini adalah bersesuaian jika ekonomi AS kekal di landasan yang betul.
Menurut survey dari Fed fund futures, peratusan kemungkinan kenaikan kadar pada bulan ini meningkat secara drastik sejak minggu lalu iaitu sebanyak 90% berbanding 40% pada minggu sebelumnya.

Jurang yang sangat besar ini salah satunya adalah disebabkan para “Policymaker The Feds” mula mengambil tindakan berdasarkan komen-komen positif yang menjurus kearah peningkatan “Interest Rate” pada minggu depan berbanding sebelum ini mereka lebih mengambil kepada menunggu perancangan agenda ekonomi Trump antaranya garis pqanduan pembaharuan stuktur cukai dan pelan perbelanjaan fiskal.
Namun keadaan ini telah berubah dimana “The Feds” telah menunjukkan tanda-tanda mengambil tindakan yang difikirkan wajar walaupun kekurangan maklumat mengenai dasar polisi ekonomi yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Trump.
Sektor pembuatan dan perkhidmatan menunjukkan data positif dan jika laporan pasaran buruh Jumaat ini adalah memuaskan, kenaikan “Interest Rate” adalah hampir pasti.

Walau bagaimanapun, sentimen pasaran boleh berubah arah andainya data NFP menurun berbanding jangkaan sebanyak 185K pada bulan ini atau pasaran saham jatuh merudum bermula pada hari ini hingga 15 Mac nanti. Yang mana perkara ini mustahil terjadi disebabkan sokongan data ekonomi yang positif sebelum ini. Dan jika data pekerjaan yang akandikeluarkan ini positif, kita bakal menyaksikan Matawang USD akan ditolak ke paras lebih tinggi.
Bank Pusat Eropah (ECB) juga mempunyai pengumuman dasar monetari pada Khamis ini dan dijangka tiada perubahan . ECB akan berkongsi unjuran ekonomi terkini dan Mario Draghi akan mengadakan sidang akhbar.

Terdapat peningkatan yang meluas dalam pertumbuhan ekonomi Zon Euro sejak pertemuan terakhir ECB pada Januari lalu. Peningkatan kadar inflasi yang ketara, penurunan kadar penganguran dan aktiviti sektor pembuatan dan perkhidmatan yang meningkat. Pada pendapat saya data-data ini menunjukan pengukuhan kepada matawang EUR.

Selain itu berita politik di France mendominasi tajuk utama dengan persaingan antara Macron dan Le Pen. Pasaran menunjukan kestabilan apabila calon bebas Centrist Macron mengukuhkan kedudukannya berbanding Le Pen. Jika keadaan ini berterusan, kita berpeluang untuk melihat matawang EUR semakin mengukuh.

#denbalomje #cjjfx #layermautcjj #gengcjjfx

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...